
V Arumugam meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya, Arumugam telah menghantar surat melepaskan jawatan exco kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Surat itu (peletakan jawatan sebagai Exco) dihantar dari Kuala Lumpur ke alamat [...]
February 9, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia hari ini.Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ketua penerangan PAS, Mahfuz Omar.
Allahyarham diserang sakit jantung ketika sedang berbasikal dekat rumahnya di Changkat Lallang, Batu Gajah pagi tadi.
Ini disahkan oleh PAS pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, [...]
February 9, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut, demikian menurut The Star.
Bercakap dalam sidang akhbar di Georgetown, Karpal berkata tindakan mengalu-alukan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Bota melompat menyertai Pakatan, [...]
February 8, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Kemaskini 5.30pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin “tidak derhaka” dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.
Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang [...]
February 6, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar Perak yang baru.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang malam ini.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai menteri besar kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi [...]
February 5, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Kemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.
Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan mengangkat sumpah esok.
Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
Ketua [...]
February 5, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.
Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi [...]
February 5, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi situasi tidak menentu politik negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang sedang berlaku.
“Kamu [...]
February 5, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.
Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.
Bercakap [...]
February 5, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »

kemaskini 6.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling [...]
February 4, 2009 | Posted in
Politik |
Read More »