Selangor pertahan mahkota Liga Super
AMIRULHADI Zainal dan Safiq Rahim muncul wira buat Selangor apabila dua jaringan mereka pada babak kedua melunturkan cabaran Terengganu dengan kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi dan mengesahkan gelaran kedua berturut-turut Liga Super.
Tiga muka baru tekad julang bola sepak
TIGA muka baru yang menduduki kerusi Naib Presiden untuk penggal baru perwakilan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010/2014 - Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Datuk Subahan Kamal mempunyai tekad yang sama iaitu membantu meningkatkan pembangunan bola sepak negara.
Skuad B-13 gagal ke final
HAJAT mara ke final Piala ASEAN Yamaha 2010 tidak kesampaian apabila skuad bola sepak Bawah 13 negara kecundang 2-0 di tangan Thailand pada perlawanan separuh akhir di Stadium Soemantri Brodjonegoro, Jakarta, petang semalam.
Fitri laung amaran raih mahkota pertama
SEKALIPUN penampilan 2010 adalah edisi kedua buat Md Fitri Ashraf Razali dalam siri kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas, dia kini berpeluang cerah merangkul mahkota pertamanya.
Vettel di petak depan lagi
BUDAPEST: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel akan bermula di petak pertama perlumbaan pusingan ke-12 Formula Satu (F1) Grand Prix Hungary hari ini selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan, semalam.
Ben Leong, Siddikur kongsi pendahulu golf Terbuka Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN: Pemain Malaysia, Ben Leong kembali menemui sentuhan untuk berkongsi kedudukan pendahulu dengan pemain Bangladesh, Siddikur di Kejohanan Golf Terbuka Brunei, semalam.
Barcelona gagal pancing Fabregas
BARCELONA: Naib Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata gergasi Sepanyol itu ‘menghormati’ kehendak Arsenal enggan menjual Cesc Fabregas dan menegaskan tiada dialog di antara kedua-dua kelab itu ketika ini.
Khedira sah sarung jersi Real Madrid
MADRID: Real Madrid mengesahkan mereka sudah melengkapkan proses menandatangani pemain tengah Jerman, Sami Khedira dari kelab Stuttgard untuk kontrak selama lima tahun.
Sharapova gah terus kemaraan
STANFORD: Maria Sharapova menewaskan rakan senegara Russia, Elena Dementieva, 6-4, 2-6, 6-3, dalam perlawanan selama dua jam 47 minit di peringkat suku akhir kejohanan Bank of the West Classic, kelmarin.


