achik spin Achik Spin meninggal dunia?

Kami mendapat info di Ttwitter mengenai kemalangan maut menimpa Achik vokalis kumpulkan spin pada jam 7pm sebentar tadi.  Kami akan mendapatkan laporan yang selengkapnya dalam masa yang terdekat..

Update Utusan:-

Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

pixel Achik Spin meninggal dunia?

share save 171 16 Achik Spin meninggal dunia?