Saya menulis aduan berkenaan suatu laporan pada 3 September lalu, yang ditulis oleh Joe Fernandez, berjudul “S’wak PKR tells Anwar to settle Sabah crisis swiftly.” ["PKR S'wak beritahu Anwar untuk selesaikan krisis Sabah secepatnya"] Fernandez secara tidak adil dan tanpa asas memperbesar-besarkan kesan kes 12 orang ahli PKR Sabah yang digantung keahlian mereka kerana mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sarawak. Dalam laporan tersebut, Fernandez juga dengan secara salah silap memetik kenyataan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian (bahagian salah petikan digariskan di bawah ini). “We told Anwar frankly that the issue of the 12 Sabah PKR leaders facing disciplinary action is affecting morale and preparation in Sarawak ,” said state PKR chief Baru Bian (right).
Read more here:
Aduan Terhadap Joe Fernandez – Malaysiakini


