Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Anugerah Juara Lagu AJL23-Malam Komposer

Posted by OC on Jan 18th, 2009 and filed under Hiburan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Malam ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23. Hmmm dah 23 tahun rupanya, sama umur dengan Farahwahida yang turut bertanding malam ini.

Siti cuma mahu menekankan bahawa acara ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada para komposer. Sama ada terbaik atau terpopular, itu adalah untuk komposer, kecualilah penyanyi yang menyanyikan lagu ciptaan sendiri.

Kepada penyanyi pun ada anugerah juga, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal Terbaik. Cuma kalau ada lagu nyanyiannya terpilih sebagai pemenang, jangan pula kita salah mengucapkan tahniah, salah siar gambar dan salah memuji seolah-olah penyanyi yang menang.

Siti tengok hampir saban tahun penyanyi ditonjolkan sebagai “pemenang” dengan mengepit beberapa trofi. Siti hanya bimbang masyarakat di luar sana pun ikut sikap juga dan mereka menerima maklumat yang silap bahawa kalau lagu yang menang, bukan kemenangan penyanyi.

Beberapa tahun dulu ada penyanyi yang membuat ucapan berjela-jela di depan penonton sambil memegang dua tiga trofi apabila lagu nyanyiannya menang. Si komposer berdiri di belakangnya tak diberi peluang membuat ucapan pun padahal yang menang adalah komposer. Peliknya kita.

Sebenarnya dalam keadaan tidak banyak lagu baru di pasaran, lagu yang berjaya ke peringkat akhir pun tak macam dulu. Ini kerana mesti ada lagu yang dibawa ke peringkat akhir, kalau baik pun adalah antara yang tak berapa baik. Kalau popular pun adalah antara yang tak begitu popular, cuma lebih sikit saja.

Yang seronoknya malam ini semua akan pasang badan, berkelip kelap. Gaya mesti ada. Kerana itu agak susah nak mengukur industri muzik kita, album hampir semua artis tak boleh jual macam dulu tapi ada mAJLis anugerah kalah Anugerah Academy. Tak apalah asal bahagia.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker