MSTB wujud penasihat, promosi
LEMBAGA Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) akan menubuhkan Majlis Penasihat dan Promosi Antarabangsa (IPAC) yang bakal dianggotai individu terkemuka dalam bidang pengujian perisian global.
LTAW tawar ambil alih EPIC
LEMBAGA Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAW) mengemukakan tawaran bagi mengambil alih sepenuhnya syarikat penyedia perkhidmatan minyak, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC).
Jaminan tingkap kuasa Proton
ISU persepsi negatif mengenai kualiti tingkap kuasa atau 'power window' kereta Proton yang sebelum ini menjadi perbualan hingga ke Parlimen, bakal selesai apabila Proton Holdings Bhd akan mengumumkan langkah menanganinya tidak lama lagi.
Bisnes Dunia: Amaran kelembapan ekonomi global
PASARAN saham Asia terus dipengaruhi aktiviti penjualan secara besar-besaran di peringkat global semalam selepas menerima amaran berhubung kelembapan ekonomi global serta kebimbangan akan masa depan bank di Eropah yang terdedah dengan masalah hutang kerajaan.
Ulasan Pasaran: Tekanan jualan jejas FBM KLCI
Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan tekanan jualan berterusan sejajar dengan kelemahan pasaran serantau, kata peniaga.
Peroleh RSC urus telaga minyak
PAKATAN tiga pihak membabitkan Dialog D&P Sdn Bhd, Roc Oil Malaysia (Holdings) Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd yang memperoleh kontrak perkhidmatan berisiko (RSC) pembangunan telaga minyak kecil kedua PETRONAS iaitu Balai Cluster di luar pesisir pantai Sarawak.
MDeC, Media Prima jalin kerjasama
MULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) bekerjasama dengan Media Prima Bhd bagi memberikan peluang kepada syarikat berstatus MSC Malaysia mengkomersialkan hasil karya masing-masing di pasaran tempatan serta luar negara.
Analisis Saham: Kewangan kukuh layak menang bida
SYARIKAT yang mempunyai kedudukan kukuh dari segi kewangan, memiliki kelebihan memenangi kontrak pembinaan aliran transit massa (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), kata penganalisis.
DHL yakin raih untung di Asia
DHL Global Forwarding yakin langkah menggabungkan rangkaian perkhidmatan pengangkutan daratnya mampu merancakkan pertumbuhan perniagaan syarikat itu di Asia, khususnya di kalangan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
FBAOL dapat kontrak proses, simpan minyak
FORBES Bumi Armada Offshore Ltd (FBAOL), sebuah syarikat usaha sama Bumi Armada Bhd memperoleh kontrak sewaan tetap (TC) selama tujuh tahun bagi menyediakan keperluan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) di kawasan D1, kira-kirra 200 Kilometer luar pesisir pantai barat Mumbai, India.


