‘Sumpahan’ kapten resahkan Capello
LONDON: Pengendali skuad ‘The Three Lions’, Fabio Capello kini akan menghabiskan lebih masanya merenung bagaimana cara untuk menguatkan benteng pertahanan pasukannya selepas Rio Ferdinand dilanda ‘sumpahan’ kapten pasukan Piala Dunia England.
Impian Drogba, Ivory Coast sudah berkubur
JOHANNESBURG: Penyerang yang dianggap terbaik di benua Afrika, Didier Drogba tidak akan memperagakan kelibatnya dalam Piala Dunia bermula Jumaat ini.
Kejayaan benam Itali bakar semangat El Tri
HERZOGENAURACH (Jerman): Persiapan menyeluruh 12 perlawanan persiapan Mexico bagi menghadapi Piala Dunia berjaya menyuntik moral pasukan, terutamanya kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan, Itali. Ia adalah kemenangan pertama Mexico ke atas Itali di pentas besar antarabangsa.
Cesar tidak sertai latihan
JOHANNESBURG: Penjaga gawang Brazil, Julio Cesar tidak berlatih untuk dua hari berturut-turut kerana direhatkan untuk mempercepat proses pemulihan kecederaan belakang yang dialaminya, manakala Michel Bastos meninggalkan padang latihan kelmarin selepas buku lali bek kiri itu cedera.
Kontrak Essien di Chelsea kekal hingga 2015
LONDON: Selepas bernasib malang tersingkir daripada skuad Piala Dunia Ghana akibat masalah kecederaan, Michael Essien menerima perkhabaran baik dengan berjaya menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama pasukan juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea, kelmarin.
‘Korea tak gentar’
INNSBRUCK (Austria): Pengendali Korea Selatan, Huh Jung-moo mengatakan pasukannya dipenuhi semangat juang ketika Piala Dunia berlangsung di laman sendiri dan mereka mahu membuktikan kesungguhan itu dengan menentang pasukan yang hebat.
Hahnemann turut kritik bola Jabulani
JOHANNESBURG: Bola rasmi Piala Dunia diberi nama Jabulani, berasal dari perkataan Zulu yang bermaksud meraikan, tetapi hanya segelintir penjaga gol bersedia untuk menyambut kehadiran bola ini.


