cherylsamad copy Baju Cheryl Samad Ada Sesuatu di Dada

Cheryl Samad dada

KL, 22 JAN 2008: Cerita Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) masih hangat diperkatakan. Keputusannya dah pun kita diketahui dan tahniah Murai Batu ucapkan kepada semua pemenang tidak kira komposer, penulis lirik dan penyanyi.

Antara mereka yang bertuah adalah Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Farawahida, Julfekar, Ahmad Izham Omar dan Audi Mok.

Pada malam itu kebetulan mempunyai satu majlis di rumah seorang rakan baik. Memang seronok sesekali menonton di kaca TV kerana mutu gambar, audio dan camera shot memang sungguh cantik. Tahniah buat penerbit dan krew AJL23.

Tapi apabila menonton di kaca TV, kita dapat tengok muka dah tubuh penyanyi dengan lebih jelas. Satu peringkat terkejut kerana gaun merah yang dipakai pengacara Cheryl Samad telah menampakkan sesuatu pada bahagian dadanya!

Takkanlah Cheryl tak pakai baju yang sepatutnya dipakai pada bahagian dalam gaun itu? Beberapa penonton di rumah dah pun perasan dan cepat sungguh nak bagi komen mengalahkan wartawan.

Mungkin ada penjelasan yang rasional terhadap apa yang sebenarnya terjadi. Mungkin Cheryl sendiri tak perasan tentang perkara itu. Mana tahu, apabila sinaran lampu dah simbah ke badan, macam-macam efek boleh nampak, kadang-kadang.

Apapun, Cheryl, Faizal Ismail (FBI) dan Ally Iskandar memang berjaya menjalankan tugas mereka sebagai hos. Memang cool beb!

pixel Baju Cheryl Samad Ada Sesuatu di Dada

share save 171 16 Baju Cheryl Samad Ada Sesuatu di Dada