Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Barack Obama Angkat Sumpah Guna Nama Hussein

Posted by admin on Jan 20th, 2009 and filed under Dunia. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

OBAMA ANGKAT SUMPAH GUNA NAMA HUSSEIN

OBAMA ANGKAT SUMPAH GUNA NAMA HUSSEIN

Barack Obama dalam wawancara sebuah akhbar Amerika Syarikat hari ini (Rabu) berkata bahawa beliau akan mengikuti tradisi dan akan mengangkat sumpah sebagai presiden menggunakan nama lengkap, termasuk nama kedua (nama tengah) Hussein.

Nama Hussein dianggap sensitif bagi Obama ketika berkempen pemilihan presiden dulu.

Beberapa musuh politik Obama merujuk kepada nama keduanya itu untuk membuktikan bahawa beliau beragama Islam dan ada kaitan dengan puak ekstremis.

Ketika itu Obama sendiri selain menafikan perkara itu, beliau juga mengelak daripada sebarang penampilan yang boleh difahamkan beliau ada kaitan dengan orang Muslim dan agama Islam.
Malah pada satu ketika beliau juga menolak untuk muncul dengan wanita Islam yang bertudung.

Menurut akhbar Chicago Tribune, Obama berkata bahawa beliau akan mematuhi adat untuk upacara mengangkat sumpat sebagai presiden.

“Saya fikir tradisi menggunakan semua tiga nama, dan saya akan mengikuti tradisi itu,”katanya kepada Chicago Tribune.

“Saya tidak cuba membuat kenyataan satu hala atau cara lain. Saya akan melakukan apa yang dilakukan semua orang lain.”

Obama juga berkata bahawa beliau akan memberi ucapan di sebuah ibu kota negara Islam selepas memegang jawatan nanti kerana mahu memulih imej negaranya di kalangan negara-negara Islam. Dijangka ibu kota negara Islam itu adalah Riyadh di Arab Saudi.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker