Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Bola Sepak: Barcelona belasah Deportivo

Posted by OC on Jan 18th, 2009 and filed under Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

henry

henry

MADRID – Dua gol dari Thierry Henry dan Samuel Eto’o serta larian solo yang menjadi identiti kepada Lionel Messi membantu Barcelona mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Deportivo Coruna dalam bola sepak Liga Sepanyol, kelmarin.

Kemenangan tersebut mengukuhkan kedudukan pasukan Catalan itu mendahului liga dengan 12 mata manakala Sevilla mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Numancia di tempat sendiri, hasil jaringan lewat Renato menamatkan perlawanan yang mendebarkan dan membolehkan Sevilla mengatasi Real Madrid untuk berada di tangga kedua.

Messi membuka jaringan di Nou Camp pada minit ke-21 selepas dia menerima hantaran dari Xavi di sebelah kanan, membawa bola melepasi pertahanan yang padat dan melepaskan rembatan mengelirukan untuk menewaskan penjaga gol, Daniel Aranzubia.

Henry menjaringkan gol dengan melakukan tandukan kencang selepas menerima hantaran lintang dari Dani Alves dan Eto’o menambah jaringan pasukan tuan rumah selepas menerima bola lantunan hasil tandukan Seydou Keita untuk menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat.

Henry memperoleh gol keduanya ketika perlawanan berbaki 10 minit, merembat masuk bola ke dalam jaring selepas menerima hantaran dari Andreas Iniesta.

Aranzubia diperintah keluar padang selepas dia menjatuhkan Carles Puyol dalam kawasan penalti dan Eto’o mengambil sepakan tersebut untuk membolehkannya mengumpul 18 jaringan selaku penjaring terbanyak liga setakat ini.

Barca mencatat rekod dengan mengumpul mata terbanyak bagi separuh musim, dengan 50 mata dari 19 perlawanan, mengatasi rekod terbaik sebelum ini yang dicatatkan Real Madrid musim lalu.

Jurulatih, Pep Guardiola memuji pemainnya berikutan semangat yang ditunjukkan tetapi berkata rekod yang dicatatkan tidak akan membawa sebarang makna kecuali Barca memenangi gelaran liga pada penghujung musim.

‘‘Ia adalah satu langkah untuk mencipta kejayaan. Perlawanan masih lagi berbaki 19 dan 57 mata yang masih belum dipungut. Kami belum lagi muncul juara,’’ katanya kepada wartawan pada sidang akhbar, kelmarin.

Depor tiba di Nou Camp dengan tiga kekalahan berturut-turut kepada Sevilla, tewas 1-3 dalam perlawanan ulangan liga dan tumpas di tempat sendiri dan gelanggang lawan dalam Piala Diraja untuk kekal di tangga ketujuh.

Jurulatih Miguel Angel Lotina menyalahkan pemainnya kerana kurang memberi saingan.

‘‘Bola sepak bukan sukan yang biasa, anda perlu berusaha keras untuk mencipta kejayaan.

‘‘Jika kami masih belum lagi memungut 30 mata kami tidak akan tidur nyenyak malam ini,’’ katanya kepada wartawan. – Reuters

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker