Pejuang Palestin ikrar menyerang

GAZA: Beberapa kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza semalam bersepakat untuk meningkatkan serangan ke atas Israel, termasuk melancarkan serangan bunuh diri.
Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”
Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

GAZA: Beberapa kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza semalam bersepakat untuk meningkatkan serangan ke atas Israel, termasuk melancarkan serangan bunuh diri.

AMSTERDAM: Seorang ulama terkenal Australia yang menggelar ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders, sebagai syaitan menggesa supaya pemimpin Parti Kebebasan itu dipancung.

JAKARTA: Sebuah kumpulan diketuai seorang ahli akademik dari sebuah universiti Islam di Indonesia mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan Candi Borobudur di Jawa Tengah milik masyarakat Islam.

MANILA: Polis Filipina memutuskan tidak menembak bekas polis yang dipecat yang merampas bas pelancong Hong Kong dalam usaha menyelamatkan kerjayanya dengan menjadikan pelancong itu sebagai tebusan lapor siasatan kes berkenaan.

JAKARTA: Seorang perokok tegar dari Sumatera Selatan yang berusia 30 bulan, hilang ketagihannya selepas mengambil bahagian dalam program pemulihan intensif yang disertainya selama sebulan, kata Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional Indonesia kelmarin.

BEIRUT: Walaupun secara tradisinya ia adalah masa untuk berjimat cermat dan beribadat, Ramadan menjadi medan berbelanja mewah terhadap segala-galanya daripada hidangan malam mahal sehinggalah mangkuk kristal dan pembedahan kosmetik di sini, negara yang terkenal dengan tabiat lihat dan dilihat.

JAKARTA: Penyanyi Nazriel Irham atau lebih dikenali sebagai Ariel Peterpan, suspek bagi satu kes skandal seks membabitkan dua pengacara televisyen Indonesia dilaporkan menjalani ibadat puasa dan solat tarawih di dalam tahanan Markas Besar Polis Indonesia bersama Abu Bakar Bashir.

MONZA (Itali): Lewis Hamilton dan Jenson Button mungkin berkawan dan rakan sepasukan, tetapi kedua-dua pemandu itu adalah pesaing utama dalam merebut kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini, dengan masing-masing mempunyai matlamat tersendiri menjelang penghujung saingan.

MISANO (Itali): Juara dunia Valentino Rossi, yang kempennya musim ini kurang empat perlumbaan akibat kecederaan, hanya mensasarkan memburu kemenangan ketiga berturut-turut di Grand Prix San Marino esok.

PENERBANGAN Malaysia (MAS) dan anak syarikatnya, Firefly, menawarkan promosi dan pakej menarik sempena berlangsungnya Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula semalam hingga esok.