Piala Malaysia: Terengganu, Kedah mara
FINALIS musim lalu, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor FC, Kedah dan Perlis mengisi enam slot terakhir untuk bersama-sama Selangor dan Negeri Sembilan ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan masing-masing, malam tadi.
Peluang Williams di Piala Monsun makin sempit
JURUMUDI pasukan GAC Pindar, Ian Williams tersingkir daripada Piala Emas Kumpulan Argo di Bermuda pada pusingan playoff penuh dramatik, selepas terikat jumlah mata sama dengan Adam Minoprio dan Ben Ainslie. Williams tersingkir daripada pusingan lapan terakhir sungguhpun memiliki rekod sama - empat kemenangan dan satu kekalahan - ketika Minoprio (Black Match Racing) dan Ainslie (TEAMORIGIN), dalam playoff enam pasukan untuk menentukan dua lagi pasukan ke suku akhir.
Tuaian terbaik
SEJARAH baru sukan negara tercipta pada hari kelima temasya Sukan Komanwel XIX di New Delhi semalam apabila skuad berbasikal trek melengkapkan koleksi emas, perak dan gangsa sambil ratu skuasy, Nicol Ann David meraih emas temasya itu yang belum pernah dimenanginya.
Nicol raih emas keempat negara
PINGAT emas keempat kontinjen negara menyusul selepas kemarau 24 jam menerusi ratu skuasy, Nicol Ann David yang tidak banyak mengerah keringat untuk muncul juara baru Sukan Komanwel, menewaskan Jenny Duncalf 3-0 dalam perlawanan akhir perseorangan wanita, malam tadi.
Skuad ping pong wanita negara gah cipta sejarah
TIDAK dinafikan nilai pingat gangsa dimenangi pasukan ping pong wanita negara dalam Sukan Komanwel, semalam sama dengan emas selepas mengharungi pertarungan dramatik sebelum dapat menewaskan pilihan ketiga, England 3-2 dalam perebutan tempat ketiga.
Namaste! Pelik! Tiket habis dijual tetapi stadium kosong
SAYA tidak dapat bayangkan apakah reaksi pengkritik di tanah air andai gelanggang bagi acara sukan temasya besar di Malaysia hanya separuh penonton atau tiada penonton langsung.
Perak penawar pemanah negara
SKUAD memanah negara meneruskan tambahan kutipan pingat untuk kontinjen negara pada hari keenam Sukan Komanwel XIX apabila meraih perak acara recurve lelaki selepas tewas kepada Australia 211-216 di Kompleks Sukan Yamuna, semalam.
Bidikan Hasli buat India cemburu
KEM menembak India harus cemburu melihat Hasli Izwan Amir Hasan (gambar) yang tampil menafikan tuan rumah itu membuat penyudah 1-2 seperti dijangkakan mereka dalam acara 25 meter rapid fire pistol individu di Lapang Sasar Dr Kami Singh, semalam.
Kemenangan skuad hoki sudah terlambat
KEMENANGAN bagi skuad hoki negara hadir agak lewat selepas mengatasi Scotland 2-0 dengan corak agresif dalam saingan Kumpulan A di Stadium kebangsaan Dhyan Chand, malam tadi.
‘Pearson terkejut hilang emas’
NEW DELHI: Pelari pecut Australia, Sally Pearson berkata, dia dalam keadaan terkejut selepas emas pecut 100 meter Sukan Komanwel miliknya ditarik balik berikutan 'kesilapan bermula'.


