Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Dagangan Ringgit Kukuh

Posted by admin on Feb 9th, 2010 and filed under Bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

KUALA LUMPUR 8 Feb – Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini dengan pelabur beralih kepada aset yang lebih berisiko berikutan kebimbangan pada zon euro dan cukai global ke atas bank.

Pada pukul 5 petang, unit tempatan didagangkan pada 3.4380/4430 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 3.4420/4460.

Pasaran bimbang bahawa masalah di Greece, Portugal dan lain-lain negara zon euro akan mengganggu pemulihan ekonomi yang masih rapuh ini, kata seorang peniaga.

“Keadaan di pasaran luar negara kekal tidak jelas,” katanya.

Dolar juga menyaksikan penjualan ketika peniaga menanti pengumuman rancangan Rizab Persekutuan AS tentang rangsangan Rabu ini.

Ringgit juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4174/4229 daripada hara penutup Jumaat lepas iaitu 2.4205/4240 tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8396/8474 daripada 3.8372/8434.

Ringgit kukuh berbanding euro pada 5.3695/3787 berbanding 5.4002/4082 dan meningkat berbanding pound British kepada 4.7101/7179 daripada 4.7128/7190.

- Bernama

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker