drzambry Datuk Dr Zamby Menteri Besar Perak Yang Baru

Datuk Dr Zamby MB Perak Yang Baru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar Perak yang baru.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang malam ini.

Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai menteri besar kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.

Beliau berkelulusan PhD dalam bidang politik dan merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Zambry dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.

pixel Datuk Dr Zamby Menteri Besar Perak Yang Baru

share save 171 16 Datuk Dr Zamby Menteri Besar Perak Yang Baru