Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali Letak Jawatan

Posted by admin on Jan 29th, 2009 and filed under Politik. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah memutuskan untuk letak jawatan sebagai Pengerusi Umno negeri ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat Ahad lalu.

Mohd. Tajol memberitahu bahawa beliau “bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku (tindakan Nasarudin) ketika ini.”

Beliau berkata, surat letak jawatan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak petang Isnin lalu.

Mohd. Tajol ketika mengumumkan perkara itu pada perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit di Parit kelmarin berkata, tindakan Nasarudin merupakan satu bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Dipetik akhbar New Straits Times, Mohd. Tajol memberitahu, tindakan Nasarudin juga memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri itu dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Pada pertemuan itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Parit, Yusuf Nordin pula dilantik sebagai penyelaras DUN Bota.

Pada Isnin lalu, Mohd. Tajol berkata, keputusan Nasarudin meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan kedudukan BN.

Jelas beliau, keputusan Nasarudin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di DUN.

Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata, BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda. BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke12 adalah di saluran tiga dan empat… kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut,” katanya.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker