Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Empat trofi buruan Ronaldo

Posted by admin on Jan 15th, 2009 and filed under Featured, Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Empat trofi buruan Ronaldo

Empat trofi buruan Ronaldo

LONDON – Bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo (gambar) menjelaskan bahawa skuad Red Devils itu mampu mencipta sejarah dengan menjulang empat gelaran pada musim ini.

Pemain yang baru dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia itu turut mengesahkan akan tinggal di Old Trafford untuk beberapa tahun lagi.

“Saya rasa, kami mampu menguasai bola sepak Eropah untuk sepuluh tahun lagi. Manchester United mempunyai ramai pemain muda termasuk saya, jadi masa depan kelab ini masih bagus,” jelas pemain berusia 23 tahun itu.

“Tapi kami perlu memastikan yang kami memenangi lebih banyak trofi. Saya mahu menjadi sebahagian dari kejayaan yang bakal dikecapi pasukan ini. Bagi saya, ia sesuatu yang hebat untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini,” tambahnya.

United merampas takhta pendahulu Liga Perdana England sekiranya menang dua baki perlawanan termasuk ke atas Fulham Sabtu ini.

Ronaldo menegaskan bahawa mereka berkemampuan untuk menjulang gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan juga Piala Liga musim ini.

“Ia mungkin agak sukar, tapi kami akan mencuba. Mengapa tidak?” kata Ronaldo.

“Kami mahu memenangi semua gelaran musim ini dan saya sedar ia tidak mustahil kerana semangat dan keinginan pasukan ini masih lagi sama.

“Jadi kami perlu fikir yang kami mampu memenangi kesemua empat kejuaraan ini. Keutamaan kami ialah Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, tapi mungkin lebih bagus jika mencipta sejarah dengan memenangi kesemua empat trofi ini.

“Kami adalah pilihan untuk menjuarai gelaran tersebut dan kini dalam keadaan terbaik untuk melakukannya,” tambahnya. – Agensi

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker