
kad kahwin mawi
KUALA LUMPUR, 9 JAN 2009 : Kad jemputan majlis resepsi Mawi & Ekin di Hotel Palace of Golden Horses mungkin menjadi antara kad perkahwinan termahal pernah diedarkan oleh pasangan pengantin selebriti tempatan.
Pihak pengurusan Mawi berkata kad yang berharga RM20 sekeping itu diedarkan kepada 1,300 tetamu. Ini bermakna Mawi memperuntukkkan sebanyak RM26,000 hanya untuk menempah kad itu dari Indonesia, tidak lama dulu.
Kad yang berwarna emas kemerahan itu berkulit tebal dan ia turut diedarkan kepada kerabat diraja dan wakil kenamaan yang diundang pada majlis resepsi berkonsepkan Arabian Night, Ahad ini, 11 Januari.
Ia juga tercatat kata-kata doa berbunyi, “Ya Allah… Kau berkatilah pasangan mempelai ini, berikanlah kerahmatan dari aspek kehidupan pasangan ini, bantulah mereka dari jalan-jalan yang ghaib, dan jauhkanlah mereka dari musuh-musuh yang menentang dari jalan yang sama terimalah majlis ini sebagai suatu ibadah kepada Mu Ya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin”.
“Pada malam itu, barulah ramai rakan artis diundang oleh Mawi kerana pada dua majlis sebelumnya, ia lebih kepada keluarga, rakan-rakan lama dan orang kampung. Sebenarnya hingga hari ini pun, kami masih menerima pangggilan orang-orang di luar sana yang ingin datang pada saat akhir,” kata Liza Ilias dari Maestro Talent & Management.
Sementara itu, persiapan akhir sedang rancak dilakukan oleh pasangan pengantin paling popular itu bagi majlis yang unik dan gah Ahad ini. Pengantin akan mengenakan baju pengantin rekaan Rizalman Ibrahim dan Bon Zainal manakala pelamin mereka dicipta ala singgahsana Raja Maghribi dan Hikayat 1001 malam.
Apa yang menarik, kek pengantin kelak menonjolkan konsep kusyen Arab bertingkat-tingkat. Semalam, kedua-dua mempelai berada di Korean Tourism Organisation (KTO), di Jalan P Ramlee bagi menerima pakej bulan madu ke Seoul dan mereka akan terbang dengan Korean Air beberapa hari selepas persandingan ini kelak.

VERSI KENDURI DI FELDA

VERSI KENDURI DI FELDA

VERSI KENDURI DI FELDA

kad kahwin felda



Cantik kad.. tak sabar nak tengok mawi ekin bersanding kat POTGH. Mesti grand…
mesti grand giler le…
Grand nya sekejap aje. membazir banyak. tak ada faedah. Pergi derma kat palestine lagi bagus.