Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Khairudin Ketua Pegawai Eksekutif baru Puspakom

Posted by admin on Jan 5th, 2009 and filed under Bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) mengumumkan pelantikan Khairudin Datuk Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu menggantikan Datuk Salamat Wahit, berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Menurut kenyataan Puspakom, pelantikan Khairuddin bertepatan pada masa, terutamanya dalam usaha mengukuhkan kedudukan dan mengesahkan semula kepimpinan Puspakom dalam pengiktirafan keselamatan kenderaan.

Puspakom yang merupakan anak syarikat DRB-Hicom Bhd. yang diasaskan pada 1994 untuk memperkenalkan sistem pemeriksaan kenderaan berkomputer yang berkesan, berupaya dan tepat.

Khairudin mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif dan pernah memegang beberapa jawatan tinggi dalam bidang perakaunan dan kewangan sepanjang kerjayanya dalam industri itu.

Sebelum berkhidmat untuk Puspakom, Khairudin menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah HICOM-Teck See Manufacturing Sdn. Bhd. (HTS) sejak Disember 1997.

Khairudin memulakan kerjaya sebagai juruaudit di Jabatan Juruaudit Awam pada 1983 selepas menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Perakaunan dan Undang-undang dari Universiti Stirling, Scotland.

Beliau menyertai Proton sebagai Penolong Pengurus dalam Jabatan Perakaunan Kos dan dua tahun kemudian bertugas di Sterling Drug (Smith Kline Beecham) sebagai Pengurus Perakaunan Kos pada 1989.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker