Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Lakukan yang terbaik, percaya nilai diri dorong kejayaan Rohana

Posted by admin on Jan 5th, 2009 and filed under Bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

KUALA LUMPUR 4 Jan. – ‘Sering lakukan yang terbaik terhadap setiap kerja dan percaya dengan nilai diri’ merupakan pegangan kepada wanita gigih yang bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) All Asia Network Plc. (Astro), Rohana Rozhan.

Selain itu, beliau turut menekankan aspek pemahaman terhadap kekuatan dan kelemahan diri dan menggunakannya sebagai nadi dalam menentukan kejayaan.

Rohana mula memegang jawatan CEO pada tahun 2005, sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Astro pada 2003 yang memainkan peranan kritikal dalam pengurusan kewangan dan pembangunan korporat.

Atas usaha gigihnya ketika menjawat jawatan CFO, Finance Asia telah memilih beliau sebagai CFO kedua terbaik pada tahun 2004 dan baru-baru ini Rohana mendapat pengiktirafan apabila dipilih oleh Asiamoney sebagai Pengurusan Kewangan Terbaik.

Ketika ditanya mengenai apa yang mendorong beliau memegang jawatan CEO yang pada kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki, Rohana menjelaskan peluang untuk belajar mengenai selok belok pengurusan perniagaan serta mencuba sesuatu yang baru merupakan pendorong utama kepada keputusan beliau.

”Saya merupakan antara yang terawal bersama Astro, sebelum perkhidmatan kami dilancarkan lagi, walaupun latar belakang pendidikan saya adalah dari bidang kewangan, tetapi sebelum itu saya mempunyai pengalaman bersama syarikat multinasional Unilever Group of Companies di United Kingdom dan juga Malaysia.

”Ia merupakan satu peluang yang besar untuk direbut, daripada kedudukan di syarikat global kepada syarikat tempatan yang baru mula beroperasi dan saya terlibat sepenuhnya dalam perancangan perniagaan Astro, selepas memegang jawatan CFO sudah tiba masanya untuk menerima cabaran yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Tambahnya, selain cabaran baru sebagai CEO, Rohana juga ingin memastikan Astro menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk Malaysia dan bukan hanya sebagai salah satu cabang perniagaan.

Sementara itu, pentadbiran, Rohana sangat menghargai sifat-sifat integriti, profesionalisme, analitikal, berfikiran tegas dan adil.

”Tetapi apa yang paling penting adalah seseorang perlu mempunyai keinginan yang mendalam terhadap dalam setiap perkara yang dilakukan dan betul-betul memahami nilai diri untuk dibawa dalam setiap organisasi atau pentadbiran,” katanya.

Rohana berkata, sepanjang beliau memegang beberapa jawatan penting dalam syarikat luar negara atau tempatan, masalah diskriminasi jantina tidak pernah berlaku kerana apa yang penting baginya adalah individu itu sendiri perlu menempatkan diri mereka dalam sesebuah organisasi.

”Bagi wanita, ini merupakan sesuatu keputusan yang perlu dipilih sama ada kerjaya atau keluarga dan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pilihan itu. Wanita Malaysia adalah lebih bertuah kerana mempunyai sokongan keluarga yang besar untuk membantu mereka membuat pilihan terutama bagi penjagaan anak-anak berbanding dengan masyarakat Barat,” jelasnya.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker