MANCHESTER, England – Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson memberitahu pemain tengah terkemuka Korea Selatan, Park Ji-Sung bahawa pemain itu mempunyai masa depan gemilang di Old Trafford.
Ferguson dilihat begitu optimistik Ji-Sung yang semakin terkenal di kalangan peminat setia United akan menandatangani perjanjian baru bersama Red Devils itu.
Kontrak baru tersebut akan membolehkan pemain Korea Selatan itu melewati perjanjian masa kini dirinya dengan United.
Ikatan kontrak terdahulu Ji-Sung bersama juara Eropah dari England itu akan tamat dalam tempoh 18 bulan lagi.
“Perjanjian baru itu bukanlah seperti berada di atas skrin radar, tetapi dia (Ji-Sung) akan ditawarkan dengan satu perjanjian kontrak.
“Ji-Sung merupakan seorang pemain yang mengagumkan untuk pasukan ini dan dia merupakan salah seorang pemain yang paling konsisten,” kata Ferguson.
- AFP


