mawisalji11 Mawi Ekin Bulan Madu di Korea

Mawi-Ekin Tak Sabar Main Salji!

KUALA LUMPUR, 13 JAN 2009: Habis sudah majlis resepsi, pasangan Mawi & Ekin kini tengah sibuk berkemas. Bukan untuk pindah rumah tetapi berkemas untuk makan angin dan berbulan madu ke Korea Selatan.

Telah ditetapkan mulai 17 hingga 22 Januari ini, pasangan pengantin baru itu akan berlepas ke Seoul serta Gangwon dengan pakej percutian tajaan Korea Tourism Organization (KTO).

Baru-baru ini, kedua-dua mereka dalam kesibukan hendak bersanding di Hotel Palace of the Golden Horses, sempat singgah di pejabat KTO, di Jalan P Ramlee untuk menerima hadiah itu daripada Pengarah Urusan agensi terbabit, Kim Kee Hun.

Mengikut pakej yang ditawarkan, mereka akan terbang ke negara indah itu dengan Korean Air dalam Kelas Perniagaan.

“Kami berbesar hati menaja Mawi & Ekin kerana ingin memenuhi impian mereka untuk berbulan madu dalam suasana romantik dan bermain salji. Mereka akan tinggal di sebuah suite yang cantik di Hotel Lotte, Seoul dan juga Hotel Chuncheon Sejong Hotel ketika di Wilayah Gangwon.

“Antara aktiviti yang telah diatur adalah melawat Rice Cake Museum, belayar dengan cruise di Han River, bermain ski di kawasan pergunungan Gangwon, bersantai di Nami Island dan membeli-belah di Dongdaemun,” katanya.

Apa yang menarik ketika di pejabat KTO, Mawi & Ekin diperkenalkan dengan beberapa elemen budaya menarik rakyat Korea seperti memakai kostum tradisi Hambok, mencuba permainan Tuho dan permainan video ski.

“Memang tak sabar-sabar nak pergi bercuti ni. Hai, kahwin pun penat…” Mawi berjenaka. Yang pasti kedua-dua mereka terharu dengan kesudian KTO menaja pakej bulan madu itu yang menjadi satu hadiah dan kenangan abadi.

pixel Mawi Ekin Bulan Madu di Korea

share save 171 16 Mawi Ekin Bulan Madu di Korea