
Mesranya Faiz & Nurul
Pada sekitar pukul 9.00 malam hari Isnin lalu (5 Januari 2008) ada rakan Mangga Muda menyaksikan kemesraan pasangan Mejar Dr. Faiz Khaleed dengan personaliti TV3 yang hot. Siapa lagi kalau bukan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain.

Mesranya Faiz & Nurul

Mesranya Faiz & Nurul
Pada masa itu rakan Mangga Muda sedang menikmati hidangan makan malam di restoran makanan segera A&W di Taman Jaya, Petaling Jaya. Apabila diceritakan teruslah Mangga Muda buat-buat busy
body mintak gambar kalau ada yang sempat mereka rakam.
Kebetulan ada beberapa imej saat kemesraan mereka yang sempat dirakam menggunakan telefon bimbit kawan Mangga Muda tadi.
“Ada anak buah saya ternampak Mejar Faiz bersama rakannya sedang berborak sambil minum-minum di meja hujung daripada tempat duduk kami.
“Selepas itu barulah kami perasan ada seorang wanita cantik bersama-sama mereka yang berjalan dan duduk di sebelah Mejar Faiz. Nurul Syuhada rupa-rupanya.
“Agaknya Nurul ke bilik air semasa kami terlihat Mejar Faiz,” kata rakan Mangga Muda yang gemar memakai pakaian berwarna pink itu.
Sambil minum minum tu sempetlah mereka melihat gelagat manja Nurul Syuhada semasa berada di sebelah Mejar Faiz. Sempatlah juga halakan kamera telefon bimbit ke arah mereka. Sebenarnya ada dua lagi rakan mereka.
Agaknya Nurul ditemani rakan perempuan semasa keluar dating dengan Faiz dan Faiz juga bawa rakan baiknya.
Faiz pernah mengaku memang dia berkawan dengan Nurul dan pernah keluar bersama. Agaknya mereka tidak mahu berselindung lagi kerana banyak yang sudah tahun wujud hubungan mesra di antara mereka. Tahniahlah, tak elok menafikan benda yang benar.
