
osbourne
LONDON – Siapa sahaja yang menonton program realiti The Osbournes atau X Factor mengetahui bahawa selebriti Sharon Osbourne merupakan individu yang panas baran, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang peserta program realiti Charm School, Megan Hauserman turut menerima padah setelah dia menyatakan sesuatu terhadap suami Osbourne, Ozzy iaitu penyanyi rock kumpulan Black Sabbath.
Osbourne mencurah segelas jus oren kepada Megan kerana dia didakwa menyakiti hati suaminya.
Megan kemudian membuat laporan polis kerana mendakwa diserang.
Episod panas tersebut dirakam pada Disember lalu dan ia mula ditayangkan di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu.
Penonton-penonton tidak dapat menonton apa yang sebenarnya terjadi kerana sekumpulan pengawai keselamatan cuba meleraikan kedua-dua selebriti yang saling menarik rambut.
Megan kemudian diiring keluar dari set program itu. Osbourne memberitahu bahawa Megan sepatutnya menjalani proses pemandulan kerana bekas model majalah Playboy itu tidak layak untuk melahirkan keturunan yang baik. – Agensi


