KUALA LUMPUR – Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) bagi mendapatkan dokumen yang berkenaan dengan skandal Fidlot. Pegawai SPRM dari Putrajaya dilihat memasuki pejabat NFC di Solaris Mont Kiara kira-kira jam 3 petang dan keluar kira-kira dua jam selepas itu, Pegawai SPRM, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada kakitangan NFC. “Antara yang diambil termasuk empat dokumen dan sebuah perisian komputer di bawa keluar bagi siasatan oleh pihak SPRM berhubung skandal tersebut.” “Hanya kakitangan yang berada di pejabat dan kami mengambil dokumen yang penting bagi siasatan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Projek NFC yang diusahakan suami Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010. NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.
You are here : Malaysian One Stop Online News | Berita Harian | Utusan | MalaysiaKini | Politik | Hiburan Gosip Artis | Sukan | Bisnes » Featured » Pejabat NFC diserbu SPRM
Leave a Reply
Related Posts
test only
By OC - January 19 2012 01:36 AM- Updated Aircrack-ng to 1.1r1859 - Updated FeedingBottle to 3.2: generate ...
Pak Arab jual anak menerusi Facebook
By OC - January 11 2012 10:45 PMRIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook ...
“Saya bukan Playboy!’ – Syarif Sleeq
By OC - December 24 2011 05:21 PMKUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2011: Susulan daripada isu perpisahan antara ...
Hasan Ali anggap Mustafa buat tuduhan liar
By OC - December 24 2011 05:09 PMKUALA LUMPUR — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan ...
Kelebihan Malaysia pikat pelabur
By jos - December 12 2011 10:30 PMRANCANGAN transformasi ekonomi jangka panjang, kemudahan menjalankan perniagaan serta kestabilan sosiopolitik, menjadi faktor utama yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai antara 10 destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat asing.
-
Hot Topics
Gambar Bogel Elizabeth Wong Adun PKR Bukit Lanjan159 comments receivedKeputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23)9 comments receivedKereta Ferrari Cristiano Ronaldo Kemalangan8 comments receivedCico Harahap Yg Tidak Boleh Harap5 comments receivedKeputusan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu P365 comments received
-
Categories
-
Pages
-
Archives
- January 2012 (2)
- December 2011 (53)
- November 2011 (77)
- October 2011 (99)
- September 2011 (54)
- August 2011 (75)
- July 2011 (163)
- June 2011 (147)
- May 2011 (165)
- April 2011 (163)
- March 2011 (156)
- February 2011 (149)
-
Blogroll
-
Meta


