PROTON Holdings Bhd (PROTON) buat pertama kali menerima pesanan melebihi bekalan di pasaran Indonesia sehingga menyebabkan pelanggannya perlu menunggu sehingga dua bulan, manakala modelnya yang mendapat sambutan adalah Exora Star. Sejak model itu dilancarkan di Jakarta pada Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia sudah menjual semua 350 unit dalam stoknya dan ia memesan 200 unit lagi sejak Ogos untuk diserahkan kepada pelanggan dalam bulan ini.
Original post:
Pemintaan Exora Star tinggi di indonesia


