KENYATAAN AKHBAR 29 JULAI 2010 Pejabat Menteri Besar Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) berhubung isu perlombongan pasir. Sesi dialog ini diadakan di Pejabat Menteri Besar semalam yang dihadiri Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin manakala KSSB diwakili Pengerusinya, Shukor Nagor, Ahli Lembaga Pengarah, Shuhaimi Shafie, Pengarah, Mohd Khairudin Othman dan Pengarah Eksekutif, Ir Ramli Majed, Pengerusi JBPPPMS, Tengku Dato’ Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selepas sesi dialog berakhir yang diserahkan kepada Faekah. Faekah memberi jaminan kepada JBPPPMS akan melihat secara serius cadangan yang diutarakan dan akan memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu.
Go here to read the rest:
Pengusaha Pasir Melayu Selangor Setuju Isu Pasir Tidak Dipolitik


