Semakin hari semakin hampir kita kepada acara gemilang tahunan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 18 Januari ini. Sementara kita tak sabar menunggu masa berlalu ingin mengetahui mana di antara 14 lagu yang bertanding akan bergelar Juara Lagu, bagaimana pula dengan penyanyi-penyanyi yang bakal berentap pada malam itu? Sudahkah mereka bersedia untuk persaingan yang menanti?

Ziana Zain
Baju, makeup, rambut, vokal … semuanya dalam persiapan. Baju pada malam nanti adalah dari rekaan Rizman Ruzaini. Walaupun dah banyak kali membuat persembahan di AJL, namun semestinya the ‘butterflies’ are still there. Pada saya, saya hanya ingin melakukan yang terbaik and enjoy myself. Kemenangan itu satu bonus.

MPPB 11670 Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23

Faizal Tahir
Tinggal kurang dari dua minggu lagi … I’m freaking out (ketawa). Dari segi persiapan, saya tak mahu over prepare dan saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana ia mungkin menyebabkan saya hilang fokus. Bagi saya, preparation yang paling penting adalah kesihatan saya. Stage presence, showmanship … saya sudah sediakan sesuatu yang berlainan tapi saya tak nak katakan disini apa. Biarlah ia menjadi satu kejutan. But at the end of the day, yang ingin saya tekankan dalam persembahan malam nanti adalah pada vokal.

MPPB 11671 Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23

Tentang kemasukkan dua lagu ke AJL, satu lagu sudah dikira amat baik, inikan pula dua. Ia melebihi jangkaan dan ya, sememangnya, ada pressure. Tidak bermakna lebih banyak lagu yang dicalonkan peluang kemenangan bertambah. Setiap lagu yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap persembahan adalah unik. Yang penting adalah untuk memberikan persembahan yang terbaik, yang penonton boleh enjoy.

Selepas insiden tahun lepas, ini seakan peluang kedua yang diberi kepada saya untuk beraksi di AJL. I feel brand new. Ini membuktikan masih ada orang yang mempercayai saya dan kebolehan saya. Jika mereka tidak mempercayai saya, tidak mungkin saya berdiri lagi di sini. Saya bersyukur kerana mempunyai penyokong yang hebat. Dan saya percaya jika hasil kerja anda bagus dan anda gigih berusaha, anda akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Estranged
Bertanding di AJL untuk tahun kedua bermakna kami lebih relaks kerana sudah tahu bagaimana keadaannya, perjalanan acara …. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk memastikan semua perancangan kami dilaksanakan dengan sebaiknya. Kami sedar disebabkan kemenangan kami tahun lepas ada pihak yang merasakan kemungkinan besar kami dapat mengulangi kejayaan kami. Namun kami sebenarnya tidak memikirkan perkara itu. We just want to enjoy ourselves. Pasal ‘over practice’, rasanya tidak timbul persoalan itu kerana setiap kali kami berlatih kami melakukannya bersungguh-sungguh.

Zahid
Saya berasa gembira kerana dapat beraksi sekali lagi di AJL dan di dalam kategori yang sama seperti dua tahun lepas. Dan ia satu penghormatan untuk menggantikan Mawi. Dari segi persiapan, saya masih menjalani latihan dengan Heliza dari segi vokal dan koreografi. Diharapkan kami dapat menyampaikan sesuatu yang berbeza. Ia satu cabaran untuk menyanyikan lagu ini dan saya tidak mahu mengecewakan peminat lagu ini.

MPPB 11672 Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23

Farawahida
Ini pengalaman pertama saya beraksi di AJL. Tidak termimpi yang saya akan berdiri di pentas AJL suatu hari nanti, lebih-lebih lagi seorang artis baru seperti saya. Saya masih ingat lagi menonton AJL di TV ketika saya masih kecil. Tahu tak saya seusia dengan AJL? Berdiri bersama penyanyi-penyanyi lain yang bertanding, saya terasa amat kerdil kerana mereka semuanya ‘tough’.

MPPB 11673 Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23

Dari segi persiapan, boleh dikatakan vokal nya sudah 60% sedia cuma saya bimbang dari aspek teknik pernafasan vokal kerana ia satu lagu yang mencabar untuk dinyanyikan. Buat masa ini saya membuat showmanship sendiri. Selepas itu, baru lah digandingkan dengan penyanyi latar dan penari.

Kemenangan itu sudah pasti bermain di fikiran semua tapi ia terpulang kepada rezeki. Harapan saya agar semuanya berjalan dengan lancar kerana walaupun kalah saya ingin kalah dengan bermaruah.

Meet Uncle Hussain
Sebenarnya tak terlintas di fikiran yang kami akan layak ke AJL23. Kita tidak menaruh sebarang harapan pun. Semuanya kerana luck. Mungkin kerana dari segi muzik dan nama Meet Uncle Hussain itu sendiri sesuatu yang baru buat peminat muzik tempatan. Tapi yang pasti kami akan menyajikan sesuatu yang berlainan untuk malam itu nanti. Mungkin kami akan berpakaian badut, mana tahu? (ketawa)

Sofaz
Sebagai finalis dan band pertama untuk beraksi di AJL malam esok, perasaan gementar tu berlipat-lipat ganda lah. 30 saat sebelum nak naik tu, nak pergi toilet lah … tapi bila muzik dah start, gementar itu akan hilang.

Untuk persembahan malam esok, kami akan bermain dengan orkestra. Jarang sekali lagu yang ‘moderate’ digandingkan dengan orkestra. Ini kali pertama kami bermain dengan orkestra. Banyak ‘homework’ yang terpaksa kami buat.

Pasal menang, semua pun nak menang tapi bagi kami, kami nak lepaskan dulu persembahan kami. Jangan ada yang tak bunyi pada hari itu. Kemenangan itu terpulang pada rezeki, insyaAllah.

Jika Sofaz tiada rezeki tahun ini, kami harap Faizal Tahir akan menang untuk lagu “Cuba”, Meet Uncle Hussain bagi kategori Pop Rock dan Zahid & Heliza dalam kategori Etnik Kreatif. Tapi menang atau kalah, kita harap peminat akan terus menyokong Sofaz (www.sofazr.com).

Aizat
Persembahan masih belum 100% ‘complete’ tapi sesi ‘rehearsal’ sekurang-kurangnya memberikan saya idea tentang apa yang akan berlaku malam esok. Saya berharap untuk yang terbaik.

Dalam fikiran saya sekarang, hanya untuk mempersembahkan satu ‘performance’ yang terbaik sekali, yang akan dikenang penonton semua. ‘I just want to do the best I can, be true to myself and represent myself.’

Masih susah untuk percaya yang saya berada di sini, dikalangan yang terbaik di dalam industri muzik tempatan, dari penyanyi, komposer, pemuzik. Bagi diri saya, ia sudah satu kemenangan untuk berada di sini.

Jika tiada rezeki, saya nak “Cuba” menang untuk kategori Balada dan “Lagu Untukmu” dari Meet Uncle Hussain sebagai pemenang Juara Lagu. Saya terlompat-lompat sambil menangis melihat mereka membuat persembahan. Mereka sebuah band yang berbakat ‘and I feel proud that they are Malaysians’. Muzik mereka sesuatu yang berbeza, begitu global sekali, ‘they are at that level’. Seluruh dunia boleh menghayati muzik mereka.

Saya berharap dalam masa beberapa tahun lagi, negara kita boleh muncul sebuah ‘muzik powerhouse’ di Asia.

Elyana
Persembahan malam esok nanti sangat simple kerana semuanya dibuat agak ‘last minute’. Walaupun begitu penterjemahan lagu kuat dalam persembahan. Yang pentingnya, penonton terhibur.

Bagi saya, biar yang layak menang. Sejak saya jadi penyanyi saya jarang masuk pertandingan. Saya akan buat yang terbaik. Bagi saya pertandingan sebegini cara baik untuk promosikan dan tingkatkan persembahan diri.

Tapi kalau nak pilih, Meet Uncle Hussain dan Faizal Tahir. Meet Uncle Hussain sebuah band masa kini, begitu juga lagu mereka. Mereka sebuah band yang amat unik.

Ayu
Syukur, masa rehearsal hari ini, sound-nya okay sebab sesi rehearsal dua hari lepas sound-nya tak best.

Sekarang ni, perasaan Ayu bercampur baur – ada gembira dan takut juga kerana nak buat yang terbaik untuk lagu ini. Hari ini, Ayu buat sederhana saja sebab masih tak baik lagi dari sakit. Sudah dua minggu Ayu sakit tapi tak baik lagi. Tapi untuk malam esok, Ayu akan ‘all out’. Apa nak jadi selepas itu, jadilah.

Stacy
Makin hampir dengan acara AJL malam esok, makin takut sangat-sangat perasaan Stacy. Macam nak terbang jantung. Mudah-mudahan untuk malam esok, Stacy dapat buat sebagaimana semasa rehearsal. Buat masa ini, persiapan hanya 60% saja. Untuk malam esok, Stacy harap dapat capai 101%.

Seakan macam mimpi, Stacy yang belum setahun dalam industri muzik dapat ke Juara Lagu. Rasa macam betul ke? Layak ke bertanding bersama mereka yang jauh lebih berpengalaman? Oleh itu Stacy syukur banyak-banyak kepada yang memilih, memberi Stacy peluang besar ini. Dan Stacy berjanji akan buat yang terbaik.

Kalau Stacy boleh pilih, Stacy nak Faizal Tahir menang AJL kali ini. Minat sangat dengan vokal dan lagunya. Memang salut dia.

pixel Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23

share save 171 16 Persediaan Ke Anugerah Juara Lagu 23,AJL23