Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Pertumbuhan ekonomi: Keyakinan IKS menurun

Posted by admin on Jan 5th, 2009 and filed under Bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Optimistik industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negara terhadap perkembangan ekonomi pada tahun 2009 menurun dengan ketara, demikian menurut kaji selidik firma perakaunan dan perundingan, SJ Grant Thornton.

Rakan Pengurus SJ Grant Thornton Malaysia, Datuk N.K. Jasani berkata, kadar keyakinan tersebut menurun sebanyak 56 peratus sejak 12 bulan lalu sehingga menyebabkan indeks Grant Thornton International menjunam kepada paras negatif, -16 peratus berbanding 40 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu.

”Ini adalah pertama kali keadaan ini berlaku mengenai keyakinan usahawan IKS terhadap perkembangan ekonomi tahun ini sejak kaji selidik ini dilakukan pada tahun 2003,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jasani, bagi situasi di Malaysia pula, kadar optimistik usahawan tempatan terhadap perkembangan ekonomi pada tahun ini turut menjunam kepada hanya dua peratus berbanding 38 peratus pada tahun lalu.

”Penurunan ini disebabkan oleh kebimbangan mereka terhadap penyusutan dalam permintaan pengguna, senario ini benar-benar membimbangkan mereka, selain itu, pengurangan kredit pengguna juga dijangka memburukkan lagi keadaan,” terangnya.

Selain itu, indeks optimistik usahawan IKS dari negara-negara Asia seperti India mencatat kadar tertinggi iaitu sebanyak 83 peratus diikuti Filipina (65 peratus) dan Vietnam (31 peratus).

Penurunan indeks yang ketara berlaku di Hong Kong menyusut kepada negatif 49 peratus berbanding 81 peratus tahun lalu.

Indeks penurunan ketara berlaku di kalangan usahawan IKS di Jepun dengan mencatat penurunan kepada negatif 85 peratus berbanding negatif 49 peratus sebelum ini.

Jelasnya, daripada perspektif empat ekonomi terbesar di dunia, Amerika Syarikat mencatat penurunan indeks optimistik kepada negatif 34 peratus dan 30 peratus di China.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker