lindapedas1 Poster Pedas & Cerita Kahwin Linda Onn

Poster Pedas & Cerita Kahwin Linda Onn

KUALA LUMPUR, 11 JAN 2009: Bagi mereka yang pernah melalui Lebuh Raya MRR2 berhampiran Tesco Ampang, pastinya akan dapat melihat poster ‘pedas’ bekas deejay Era FM yang kini bersama Sinar FM, Linda Onn.

Poster bersaiz gergasi yang terpampang wajah Linda, berbaju hitam dengan solekannya menggoda itu, pasti membuatkan pengguna jalan raya terpesona.

Tapi awas… poster itu juga menampilkan Linda dengan sebakul cili merah dengan di tangan kirinya memegang setangkai cili, sebagai membuktikan betapa ‘panas dan pedasnya’ dia. Mungkin, itulah tarikan yang cuba dilakukan Linda dalam  melariskan lagi perniagaan My Asam Pedas Shop miliknya.

Ketika ditemui portal murai.com.my, Linda berkata sudah beberapa poster besar itu tergantung di hadapan restorannya itu. Malah cara berkenaan benar-benar memberikan maklum balas yang positif kepada peniagaannya.

“Saya mahu papan tanda itu nampak lain dari kebiasaan. Lagipun restoran ini terletak di tepi lebuh raya, jadi biarlah dari jauh orang senang nampak,” katanya.

Linda berkata, idea dan konsep poster besar berkenaan adalah daripada dirinya sendiri bagi mempromosikan hidangan asam pedas yang disajikan di restorannya.

Jelasnya, sejak papan tanda itu dipasang, pemilik premis perniagaan bersebelahan restorannya turut membuat tindakan yang serupa iaitu memasang papan tanda yang lebih besar.

“Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan lancar. Sekarang saya sedang sibuk mengurusakan beberapa hal berkenaan perniagaan saya itu. Insya-Allah tak lama lagi, saya akan membuka sebuah pejabat di atas restoran ini.,” katanya.

Menyentuh mengenai azam tahun barunya yang ingin menamatkan zaman bujang tahun ini, Linda berkata: “Kalau boleh memang saya bercadang untuk berkahwin tahun ini. Sejak 2008 lagi saya sudah bersedia, cuma harap-harap bertemu calon yang sesuai.”

pixel Poster Pedas & Cerita Kahwin Linda Onn

share save 171 16 Poster Pedas & Cerita Kahwin Linda Onn