
Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Majlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal, Marcell selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu di Restoran Tepak Sireh, Singapura.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Pada tarikh keramat mereka – 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini. Memilih tema biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian Imran Ajmain dan Man Toyak. Pastinya persoalan agama di antara pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak. Sewaktu dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara kelahiran Marcell, Indonesia. Ternyata perkahwinan dan peluang kali kedua dalam hidup masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk menjadi pelengkap melayari kehidupan.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama
Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun. Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama


