Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

RM520j untuk Kaka-Manchester City

Posted by admin on Jan 15th, 2009 and filed under Featured, Sukan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

RM520j untuk Kaka-Manchester City

RM520j untuk Kaka-Manchester City

LONDON – Kelab terkaya England, Manchester City mencipta kejutan apabila membuat tawaran lumayan bernilai 100 juta pound (RM520 juta) untuk mendapatkan khidmat bintang AC Milan, Kaka.

Ketua Eksekutif City, Garry Cook dan orang tengah perjanjian tersebut, Kia Joorabchian telah berjumpa dengan Naib Presiden Milan, Adriano Galliani untuk meletakkan tawaran yang bakal memecahkan rekod dunia itu.

Andai perjanjian itu berlaku, ia bakal memadamkan rekod perpindahan termahal dunia berjumlah 46 juta pound (RM241 juta) ketika Zinedine Zidane menyertai Real Madrid dari Juventus pada 2001.

Milan akan menerima 100 juta pound (RM520 juta) manakala perancang Brazil, Kaka menerima 75 juta pound (RM392.1 juta) dengan kontrak selama lima tahun bernilai 15 juta pound (RM79 juta) semusim.

RM520j untuk Kaka-Manchester City

RM520j untuk Kaka-Manchester City

Menurut sumber Milan, pengarah teknikal kelab Itali itu, Ariedo Braida turut hadir pada perjumpaan tersebut.

“Wakil dari Manchester City amat bersungguh-sungguh membuat tawaran mereka, namun ia telah ditolak,” kata sumber tersebut.

“Namun pemilik kami, Silvio Berlusconi bagaimanapun kini bimbang bahawa pemain itu sendiri mahu perjanjian terlaksana.”

Begitupun, Kaka ketika mengulas mengenai tawaran itu tetap dengan pendiriannya untuk kekal bersama Milan.

“Saya mahu menamatkan karier saya bersama kelab ini. Itu yang pasti,” jelas Kaka.

“Sasaran saya sebelum ini dan selepas ini juga adalah untuk menjadi kapten di Milan selepas Paolo Maldini dan Massimo Ambrosini,” tambahnya.

Untuk rekod, gergasi Itali itu belum pernah menjual mana-mana pemain bintang mereka, namun mengakui mereka mula tertarik dengan jumlah harga yang ditawarkan itu.

Milan dua kali menolak tawaran lumayan Real Madrid ke atas Kaka.

Kaka ketika ini menerima 10.8 juta pound (RM57 juta) setahun di Milan dan merupakan pemain kedua menerima gaji termahal di Serie A selepas Zlatan Ibrahimovic yang memperoleh 11 juta pound (RM57.6 juta) setahun. – Agensi

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker