12232011 syarifxplayboy a Saya bukan Playboy!   Syarif Sleeq

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2011: Susulan daripada isu perpisahan antara pendatang baru Amanda Imani dengan seorang jejaka yang merupakan anggota kumpulan Sleeq dari Singapura, portal murai.com.my telah mendapatkan kenyataan daripada empunya badan.

Tanpa berselindung, Syarifullah Ahmad, 22 atau Syarif yang telah dihubungi telah membuat pengakuan jujur bahawa dia pernah berhubungan dengan penyanyi bertubuh seksi itu sejak mengenali satu sama lain ketika Anugerah Planet Muzik di Singapura, Julai lalu.

Malah dia turut mengaku, telah mengecewakan hati Amanda Imani atas keterlanjurannya tidak berterus terang bahawa dirinya sudah dimiliki kerana beranggapan hubungan yang terjalin antara mereka berdua hanya sekadar teman biasa saja.

“Memang salah saya kerana tidak memberi tahu Amanda Imani bahawa saya sudah mempunyai teman wanita. Ingin saya perbetulkan di sini, bahawa dia adalah teman wanita saya dan bukannya tunang saya seperti yang diceritakan.

“Bagaimanpun saya agak terkilan, mengapa perkara ini perlu sampai ke pengetahuan pihak media. Pada hal ianya boleh diselesaikan secara baik antara kami berdua saja,” katanya yang meluahkan perasaan kesal dengan kejadian tidak diduga itu.

Hubungan mereka mula berantakan apabila kekasih Syarif yang mendakwa tunangannya telah menghubungi Amanda Imani menerusi laman sosial Facebook untuk mendapatkan kepastian sama ada Amanda Imani dan Syarif telah menjalinkan hubungan cinta bersama.

Menurut Syarif, selepas kejadian itu dia tidak lagi mendengar khabar berita daripada Amanda Imani, walhal adalah lebih manis jika persahabatan yang terjalin dapat diteruskan memandangkan masing-masing dalam bidang serup .

Selain Syarif, kumpulan Sleeq turut dianggotai Alif Abdullah yang mana telah mula ditubuhkan sejak 2005.

Menjawab soalan adakah dia seorang playboy seperti mana yang didakwa, Syarif hanya dapat tersenyum kerana baginya gelaran itu amat besar maknanya apatah lagi dia bukanlah jenis lelaki yang memiliki ramai teman wanita.

“Tak mungkin saya seorang playboy. Sebab hakikatnya saya tidak pernah ada ramai teman wanita dan setakat ini saya hanya ada seorang kekasih saja.

“Bersama Amanda Imani, saya tidak pernah membuat keputusan bahawa kami bercinta atau saling sayang menyayangi, walaupun saya tahu saya memang sukakan Amanda. Tapi hanya sebagai kawan saja.

“Ingin juga saya perbetulkan di sini, bahawa kami berkawan hanya dalam tempoh dua hingga tiga bulan bukannya enam bulan seperti yang dinyatakan Amanda Imani sebelum ini,” katanya penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sesaat Kau Datang dendangan bersama ratu pop Ramlah Ram.

Tambah Syarif, dia juga agak kesal dengan tindakan teman wanitanya yang menghubungi Amanda menerusi laman sosial Facebook milik penyanyi itu, bagaimanapun berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Apa yang diharapkan oleh anak muda itu agar masalah peribadi berkenaan tidak akan membawa perasaan hasat dengki dan benci antara mereka berdua.

pixel Saya bukan Playboy!   Syarif Sleeq

share save 171 16 Saya bukan Playboy!   Syarif Sleeq