lindaseksi Seksi Maut Cikgu Linda Jasmine!

linda jasmine seksi

KL, 7 JAN 2009:   Ramai sungguh rakan artis dan orang seni pergi melihat tayangan perdana filem terbaru Bade Hj Azmi, Maut, di GSC Midvalley, malam tadi. Murai Batu pun ikut sama apabila dengar Ketua Editor portal hiburan ini, Roslen Fadzil, diundang kerana Murai Batu memang tunggu sangat-sangat filem ni.

Tapi sebelum tayangan bermula, semua tetamu diajak oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk makan malam di Restoran Amarin yang terletak tidak jauh dari panggung iitu.

Tapi sebaik sahaja seorang wanita melangkah masuk ke restoran itu, Murai Batu perasan sangat, semua mata terbeliak! Terbeliak kerana wanita itu memakai dress bareback (dedah belakang) yang terdedah dari bahu sampai ke pinggul!

Siapa orangnya… dialah juri Sehati Berdansa serta guru tari Akademi Fantasia (AF), Cikgu Linda Jasmine!

Dari sudut fesyen, Murai Batu rasa Linda sekadar memberikan satu fashion statement yang dahsyat dan bergaya mengikut kata hati dan citarasanya. Malah kulitnya yang putih melepak dan halus mulus terdedah itu ditaburi perada emas. Wah gitu…

Namun pada masa yang sama, Murai Batu rasa, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini juga sudah memikirkan masak-masak apa tetamu dan peminat dunia hiburan tempatan akan komen apabila dia mengambil keputusan untuk bergaya daring.

Dan apabila wartawan dan jurugambar mahu mengambil fotonya, Linda juga tidak kisah berposing malah berkata dia sukakan baju rekaan Calvin Thoo itu yang dipadankan dengan skirt panjang jenama lain.

Pun begitu, Linda akui tiba-tiba dia terasa macam over dressed atau terlebih gaya malam tadi, mungkin sebab ramai sangat orang memerhatikan penampilannya yang ‘seksi maut’ itu!

Yang jelas, Linda nampak happy sangat dengan bakal suaminya, Que Haidar, orang Felda Taib Andak yang sama-sama begitu rancak menceritakan tentang persiapan pernikahan mereka kepada ramai wartawan malam tadi. Itulah gelagat pasangan kekasih yang akan berkahwin pada 14 Februari ini di Bora Ombak.

pixel Seksi Maut Cikgu Linda Jasmine!

share save 171 16 Seksi Maut Cikgu Linda Jasmine!