
Siapa Gerangan Taja Aiman Mazda RX8?
KL, 12 JAN 2009: Syabaslah Murai Batu ucapkan kepada bintang Akademi Nasyid, Mohamad Aiman Sidek, 19, atau Aiman yang berjaya ke final Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Dusta Berkalang ciptaan Hafiz Hamidun.
Tapi hari ini Murai Batu bukan nak cakap pasal AJL, sebaliknya dapat menghidu mengenai berita yang mengatakan Aiman ‘ditaja’ oleh seseorang. Sejauh mana benarkah gosip itu?
Apa kes pun, Murai Batu dapat tahu gosip ini timbul selepas seorang peminat melihat Aiman membawa kereta mewah Mazda RX8. Amboi macam kereta Abang Mawi World aje!
Tak sangka, belum sampai setahun jadi artis, Aiman dah mampu memandu kereta mewah yang mencecah harga beratus ribu ringgit. Hebat tu, untuk seorang anak muda macam dia.
Bukan itu saja, Aiman juga dikatakan suka memakai pakaian yang berjenama. Rupanya… Aiman ini datang daripada keluarga yang kaya-raya. Patutlah…
Jadi soal ditaja itu tidaklah lagi timbul kerana dia memang mampu. Mungkin sebab itulah agaknya ketika bertanding dalam Akademi Nasyid, Aiman selalu mendapat SMS yang paling tinggi.
Cuma Murai Batu berharap Aiman akan terus serius menjadi artis yang serba boleh. Maklumlah dia masih muda, laluan masih panjang dan buktikan kepada peminat yang dia boleh juga berdikari dengan bakat yang ada seperti Adam, Dafi dan Diana Danielle.
Dalam pada tu Murai Batu nak pesan, kalau pakai kereta mewah gitu, janganlah pecut laju-laju sangat Aiman dan selalu pakailah tali pinggang keledar! Hmm… sempat pula Murai Batu berkempen.
