dr porntip SPRM: Suara Keadilan Menghina MahkamahBukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi akhbar Suara Keadilan, yang sepatutnya dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mendedahkan hasil laporan bedah siasat kematian Teoh Beng Hock, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

Peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa berkata tindakan tabloid itu menyiarkan artikel bertajuk “Pornthip Sahkan Beng Hock Dibunuh” pada 29 Dis lalu telah mendahului mahkamah, sedangkan mahkamah itu belum membuat sebarang keputusan berhubung kematian setiausaha politik berkenaan.

“Pihak yang sebenarnya menghina mahkamah ialah pihak yang mengeluarkan berita itu sedangkan ia (keputusan berhubung kematian Teoh) belum lagi diputuskan,” kata Abdul Razak.

Peguam SPRM menghujahkan perkara itu semasa membantah permohonan abang mendiang, Teoh Meng Kee, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip Rajanasunand pada 1 Jan lalu.

pixel SPRM: Suara Keadilan Menghina Mahkamah

share save 171 16 SPRM: Suara Keadilan Menghina Mahkamah