Malaysiakini:Zambry Diisytihar MB Perak Yang Sah
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.
Zambry Kekal Menteri Besar Perak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.
Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry MB Perak
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.
Perbicaraan Zambry-Mohammad Nizar
7.30 pagi: Perkarangan kompleks Istana Kehakiman mula di penuhi penyokong kedua-dua pihak.
Pihak keselamatan mahkamah dan anggota polis mula mengawal di sekitar perkarangan mahkamah.
Penyokong Zambry, Nizar Berhimpun Di Mahkamah Persekutuan
PUTRAJAYA: Perkarangan Kompleks Istana Kehakiman di sini dibanjiri kira-kira 300 penyokong kedua-dua pihak - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi menanti keputusan teka-teki siapakah Menteri Besar Perak yang sah dari sudut undang-undang.


