10 lagi projek ETP bakal diumum
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengumumkan sembilan atau 10 lagi projek permulaan (EPP) menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara Jumaat ini.
Pameran PKS sasar jualan RM100j
In Bisnes | By Lemmonyy33 | On March 9 2011 09:41 PM
PAMERAN Inovasi PKS 2011 yang bakal berlangsung Jun ini dijangka menjana jualan kira-kira RM100 juta. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata pameran itu akan menyediakan platform bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkongsi pengalaman dan maklumat bagi mewujudkan nilai menerusi budaya inovasi dan kreativiti.
Rafidah dilantik pengerusi baru AirAsia X
PELANTIKAN bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz (kanan) sebagai Pengerusi baru AirAsia X, bertujuan memanfaatkan kepakaran, pengalaman, pengaruh serta hubungan meluas beliau, kata Datuk Kamarudin Meranun.
Malaysia, Turki dijangka muktamadkan FTA Mei depan
MALAYSIA dan Turki dijangka memuktamadkan Perjanjian Perniagaan Bebas (FTA) menjelang Mei depan, sekali gus mampu melonjakkan aktiviti perdagangan antara kedua-dua negara yang kini agak kecil, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Sasaran pelaburan swasta RM83b mampu dicapai
SASARAN pelaburan swasta sebanyak RM83 bilion tahun ini mampu dicapai menerusi projek permulaan (EPP) yang dirancang dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PM akan sampaikan Anugerah Ketua Eksekutif
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan menyampaikan anugerah berprestij Anugerah Ketua Eksekutif (CEO) Tahunan pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Khamis ini. Anugerah tahunan yang bertemakan ‘Rising to the Challenge’ tahun ini dianjurkan Business Times dan Malayan Banking Bhd (Maybank).
Ketibaan naik tujuh peratus
In Bisnes | By Lemmonyy33 | On January 6 2011 10:49 PM
JUMLAH penumpang di lapangan terbang Malaysia dijangka meningkat tujuh peratus tahun ini didorong pertumbuhan pesat ekonomi negara Asia Pasifik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
FELDA terus kukuh
KEDUDUKAN kewangan FELDA dijangka terus kukuh tahun depan berikutan prestasi harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi pada paras sekitar RM3,500 satu tan ketika ini berbanding antara RM2,400 hingga RM2,600 satu tan pada tahun lalu. Timbalan Menteri di Jaba-tan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata susulan itu agensi milik kerajaan itu tidak berdepan seba-rang masalah untuk menyalurkan peruntukkan RM1 bilion dalam bajet membiayai operasinya pada tahun depan.
Dagangan dua hala naik RM1 trilion
PERDAGANGAN dua hala Malaysia dijangka kembali meningkat melebihi RM1 trilion tahun ini selepas menyusut ke paras RM900 bilion pada 2009 akibat kemelesetan ekonomi global. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sebahagian besar peningkatan itu disumbangkan oleh peningkatan perdagangan dengan China, justeru membolehkan Malaysia mencatat lebihan dagangan yang besar.
‘Lebih banyak EPP bakal diumum’
LEBIH banyak Projek Permulaan (EPP) menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan diumumkan pada minggu kedua Januari ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed. “Berikutan tiada projek baru EPP diumumkan Perdana Menteri pada bulan ini, pengumuman bulan depan dijangka besar jumlahnya kerana ia adalah gabungan dua bulan, iaitu Disember dan Januari,” katanya.


