Datuk Seri Najib Razak “Satu Malaysia.Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia”

Takziah PM kepada Sultanah

Posted by OC on Jan 22nd, 2010 and filed under Featured, Nasional. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

CHENNAI 22 Jan. – Kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Sultanah Johor, Sultanah Zanariah Almarhum Tunku Ahmad serta kerabat baginda atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Johor Bahru malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan yang akan dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.

“Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan di dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang akhbar di hotel penginapannya sebelum berlepas pulang ke Malaysia malam ini.

Menurut Najib, baginda telah memainkan peranan besar dalam pembangunan dan kerajaan dan juga negeri Johor serta selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu.

Sebagai tanda penghormatan, beliau meminta semua pihak mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang di seluruh negara pada hari pengebumian nanti.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas pulang dengan pesawat khas dan memendekkan lawatannya ke Chennai yang sepatutnya berakhir esok.

Sebelum itu, Perdana Menteri juga memaklumkan mengenai kemangkatan baginda Sultan Johor pada majlis makan malam bersama komuniti Malaysia di Chennai termasuk para pelajar yang sedang mengikuti pengajian mereka.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemangkatan baginda satu kehilangan besar kepada rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

“Baginda sentiasa dekat di hati rakyat kerana selalu mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di bawah pemerintahannya,” katanya yang kini dalam perjalanan ke Johor.

Beliau sekeluarga menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas Sultanah Zanariah serta kaum kerabat diraja Johor di atas kemangkatan baginda. – UTUSAN

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Leave a Reply

 

eXTReMe Tracker