the lima The Lima Mampu Gegarkan Malaya

The Lima

Nampaknya KRU sudah pun memiliki 2 artis Indonesia yang berada di dalam naungan syarikat rakaman mereka. Yang pertama dulu ialah band muzik dari Bandung yang menamakan diri mereka Syuga. Sekarang ini, band vokal pula iaitu The Lima yang juga adalah pemenang juara Gangstarz 1.

Melihat pada situasi pasaran muzik sekarang ini, saya tidak pasti untuk mengatakan sama ada tindakan mereka memilih The Lima itu sebagai suatu yang bijak atau sebaliknya.

Tapi, apa yang boleh dikatakan di sini ialah ia satu tindakan yang begitu cepat dan tepat. Cepat kerana menyambar dulu The Lima yang sedang panas di kalangan peminat muzik Malaysia khususnya Gangstarz.

Tepat kerana merekalah yang peminat muzik Malaysia mahu lihat dan mahu dengar. Kemenangan mereka sebagai juara Gangstarz membuktikan kebenaran ini.

Harap-harap demam mereka terhadap The Lima masih konsisten sebagai dulu dan tidak cepat sejuk sebagaimana yang berlaku terhadap Mawi. Daripada penjualan album ratusan ribu unit akhirnya jatuh hingga 50,000 unit.

Dengan formula yang disediakan KRU, saya kira tiada apa yang mustahil untuk The Lima terus mendominasi industri muzik tempatan kita.  Lebih-lebih lagi jika mereka memiliki album studio yang mengandungi lagu-lagu yang menarik sebagaimana album pertama mereka ini.

Saya sendiri tidak menjangka bahawa album ini akan dapat memenuhi cita rasa saya sebagai pendengar biasa. Tahniah buat Edry Abd Halim yang bertindak selaku penerbit keseluruhan album The Lima ini.
Walaupun ada pengaruh muzik KRU dalam lagu Buronan Cinta ciptaan Edry, lebih banyak lagi ciptaan Edry yang lain yang memenuhi selera saya atau pun anda semua. Tidak perlulah saya perkenalkan lagu Separuh Masa kerana lagu itu sudah cukup popular bagi anda semua. Tapi sudahkan anda mendengar Di Mabuk Cinta, Kau Ada Dia serta Pernahkah Aku?

Ketiga-tiga lagu ini juga ada kekuatannya yang tersendiri. Di Mabok Cinta ciptaan Puja & Panji misalnya sangat kental dengan elemen jazz yang ringan tetapi mudah untuk dihayati bersama muzik yang moderate fast.

Ia adalah sebuah lagu pop jazz tipikal dari seberang yang cukup tipikal bagi anda semua. Maklumlah komposernya pun diimport dari sana juga. Lagu ini dimuatkan sebagai track pertama dan boleh boleh dianggap sebagai lagu pencuci mulut yang mampu membuatkan anda berasa mahu menghayati lagu yang seterusnya.

Kau Ada Dia ciptaan Edry adalah sebuah lagu ballad yang lebih perlahan tetapi mempunyai melodi yang cukup indah. Liriknya juga masuk dengan begitu cantik di sebalik melodi tersebut. Lagu ini memang sedap.

Pernahkah Aku? ciptaan Archie & Nine pula adalah sebuah lagu pop R & B yang ringan tetapi mempunyai melodi yang mudah meresap di dalam jiwa anda. Vokal harmoni The Lima menjadikan lagu ini lebih menarik dan berkarektor apabila dipersembahkan.

pixel The Lima Mampu Gegarkan Malaya

share save 171 16 The Lima Mampu Gegarkan Malaya