tevez2 United rela lepaskan Tevez

carlos tevez

LONDON – Manchester United bersedia melepaskan Carlos Tevez selepas penyerang Argentina itu secara terbuka memberitahu bahawa dia mempunyai keinginan untuk beraksi bersama Real Madrid.

Pengurus United, Alex Ferguson sudah mula hilang sabar ke atas pemain berusa 24 tahun itu yang menjelaskan bahawa kelab gergasi Sepanyol itu hanya menanti masa untuk mendapatkannya.

“Saya tidak tahu sama ada Carlos akan pergi atau tidak. Agak sukar untuk menentukannya. Semuanya boleh berlaku.

“Madrid mahu mendapatkannya dan telah menunjukkan minat mereka. Mereka bukan satu-satunya kelab yang berminat, masih ada beberapa kelab lagi yang mahukan Tevez,” jelas ejen yang juga penasihat Tevez, Kia Joorabchian.

Tevez yang dipinjamkan ke Old Trafford, kurang gembira selepas United tidak mengadakan perbincangan mengenai kontrak baru dan juga kebarangkalian mengekalkannya dengan pembelian 32 juta pound (RM166.4 juta) dari West Ham.

Kelmarin, Tevez menegaskan yang dia mahu kekal bersama Red Devils. Begitupun pengakuannya bahawa dia agak tertarik dengan minat Real itu bakal mengundang kemarahan Ferguson yang memusuhi kelab Sepanyol itu berikutan percubaan mereka memancing Cristiano Ronaldo tahun lepas.

Tevez mula menjadi penyerang ketiga United selepas ketibaan bekas penyerang Spurs, Dimitar Berbatov di Old Trafford awal musim ini.

Penyerang Bulgaria itu dianggap oleh Ferguson sebagai gandingan yang paling berkesan bersama Wayne Rooney walaupun Tevez juga masih menjadi antara pemain yang diminati oleh peminat setia United. – Agensi

pixel United rela lepaskan Tevez

share save 171 16 United rela lepaskan Tevez